Rabu, 20 Januari 2016

Selesaikan Siasatan 1MDB ~ Zeti..!


Belum selesai la maknanya..!

Rakyat mahu siasatan 1MDB diselesaikan segera supaya mereka boleh bergerak ke hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
"Bukan hanya kami pihak berkuasa yang menyiasat. Terdapat (siasatan) berterusan," kata Zeti ketika di temu bual dengan saluran berita kewangan CNBC yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
"Semua orang mahu kesudahannya supaya negara boleh bergerak ke hadapan, supaya mata wang kami mencerminkan asas-asas (ekonomi negara), supaya kita boleh menangani isu-isu ekonomi negara."
Bagi bank pusat, yang telah selesai siasatannya ke atas 1MDB dan cadangan tindakan yang disyorkan, Zeti berkata beliau kini melihat penguatkuasaan tindakan itu terhadap firma pelaburan milik negara itu.
"Sekarang, ada beberapa tindakan yang diambil. Apabila ini dimuktamadkan, kita akan maklumkan keputusan itu," katanya tanpa menjelaskan tindakan terhadap 1MDB.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB daripada mana-mana salah laku.
Bank Negara mencadangkan supaya pendakwa raya mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap 1MDB.
Tindakan penguatkuasaan??? Siapa yang nak kena?
1MDB atau Zeti?
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Lambat selesai kerana org di sekeliling najib tidak amanah memikul harapan rakyat.Kalau tinggi integriti tahun lepas dah selesai...masing2 cuba tutup bangkai...

    BalasPadam
  2. memang klasik statement by Madam Governor Zeti. You are a unique person. People must read between , around and in the line.

    BalasPadam
  3. zeti lupe kot...ape yg najib mse pau yg lps... layar dikembangkn sauh dilabuhkn... mcm mne negara nk bergerak kehadapan...kalau sauh dilabuhkn...tggu layar koyak ngn tiang layar patah jerr laaa

    BalasPadam
  4. zeti lupe kot...ape yg najib cakap mse pau yg lps... layar dikembangkn sauh dilabuhkn... mcm mne negara nk bergerak kehadapan...kalau sauh dilabuhkn...tggu layar koyak ngn tiang layar patah jerr laaa

    BalasPadam