Khamis, 29 Oktober 2015

Syabas Ustaz Nasha


Nasha seorang yang sederhana..! Dahulu semasa didalam PAS pun beliau tidak ekstrim..! Dek kerana nya dia ditendang keluar dari hamPAS..!

Sesuai sangat lah seorang yang sederhana menerajui sebuah Yayasan yang memerlukan ilmu, hati budi dan pengalaman luas..! Kalau setakat menyokong pembangkang dan liberal..! Itu pembangkang namanya..! Tak sesuai..! 

Tak percaya tengok si Pudin..!


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), berkuat kuasa 1 November ini.
 
Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan berkata, dengan pelantikan itu, pihaknya yakin,  Nasharudin atau dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha akan meneruskan agenda kesederhanaan dalam memperjuangkan penambahbaikan demokrasi.

"Nasharudin Mat Isa pada masa ini merupakan Pengerusi Yayasan Nassar, Felow Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan ahli Majlis Perhubungan Cina Islam (CICR). Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Malaysia dalam Persatuan Parlimen Komanwel selama dua penggal.

"Dengan pelantikan Nasharudin Mat Isa,  GMMF yakin beliau akan dalam meneruskan usaha untuk mengukuhkan perkaitan dan penggunaan kesederhanaan dalam dasar luar dan dalam konteks negara ini. Dan Yayasan akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global," katanya.


Nasharudin dilantik sebagai CEO GMFF yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang mengumumkan keluar Umno dan menyertai PKR awal bulan ini.

Yayasan ini berusaha menegakkan gerakan yang memupuk nilai dan rangkaian kesederhanaan kepada masyarakat dan berusaha melibatkan pemegang kepentingan menerusi advokasi, penglibatan, dan pembinaan kapasiti bagi menangani suasana yang wujud daripada ekstremisme seperti konflik, ketidakadilan dan kemiskinan.


Berusaha dan lakukanlah sesuatu demi agama, bangsa dan tanahair..!

InsyaAllah akan berjaya..!

Caranya?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. PRU akan datang UMNO VS DAP..

    Himpunan Mrah VS BERSIH

    BalasPadam