Rabu, 30 September 2015

Speaker Menjaga Institusi Atau Menjaga Kepentingan Diri?


Rakyat sebenarnya yakin dan masih berharap Speaker Dewan Rakyat tetap utuh menjaga Institusi Parlimen dan memelihara Perlembagaan Negara..!

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan proses undi tidak percaya sebagai satu amalan demokrasi.

Menerusi catatan terbaharu di blognya chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan bagi mengadakan undi tidak percaya tetapi terdapat peruntukan mengenai perkara itu di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan Persekutuan (Perkara 43 (4)) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, beliau perlu meletak jawatan," katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan adakah kemungkinan Speaker Parlimen membelakangkan Perlembangan Persekutuan, jika beliau (Speaker Parlimen) tidak membenarkan proses undi tidak percaya itu berjalan.

Menurut mantan Perdana Menteri, catatan itu dibuat selepas membaca kenyataan Speaker Dewan Rakyat, bahawa hanya beliau boleh menerima atau menolak sesuatu usul di Parlimen.

Pada 7 September lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipetik sebagai berkata beliau akan memutuskan sama ada akan membenarkan usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika dan bila ia dikemukakan kepadanya.

Pandikar Amin menegaskan, hanya Speaker Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak sesuatu usul.

"Tiada menteri yang boleh menolak apa-apa (usul) termasuk Perdana Menteri. Yang berkuasa hanyalah Speaker," katanya.

Ketika ditanya mengenai apakah keputusannya mengenai perkara itu, beliau berkata: "Saya akan seberangi jambatan bila tiba padanya."

Pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini, dilaporkan mahu mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang parlimen akan datang.
Parlimen dijangka bersidang semula pada 19 Oktober ini.


Baca juga tulisan terbaru Tun M di chedet.disini.

Selagi tiada kepentingan peribadi selagi itu ianya masih suci dan murni..! jika tidak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Jaga perut sendirilah...wang dan wan¡Ta..jadi taruhan..ProOO00ootTt arghh leganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. setan penyamaq ni lagi... nek..cucu rasa nak creeeettttt kat muka setan ni. aargh.....leganya.

      Padam