Selasa, 26 Mei 2015

SAR MH17 Di Berhentikan..!


Rasanya setiap waris dan negara yang terlibat amat berpuashati dengan SAR yang pihak Ukraine berikan. Namun bagi kita di Malaysia ni yang kita amat nanti nantikan ialah hasil siasatan..! Pihak mana yang tembak? kenapa ditembak? 

Macam isu MH370 apa ceritanya? berapa lama nak tunggu?

KIEV: Selepas lebih sembilan bulan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh, kerajaan Ukraine secara rasmi hari ini mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi nahas dihentikan. 

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Gennady Zubko, berkata keputusan menamatkan operasi mencari saki-baki mayat di Wilayah Donetsk itu diputuskan dalam satu mesyuarat bersama dengan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa. "Anggota suruhanjaya diberitahu mengenai fasa misi pencarian telah sampai ke penghujung. 

Operasi berjaya menemui 297 mangsa dan daripada jumlah itu hanya 295 mangsa telah dikenal pasti. Kesemua mangsa sudah dibawa ke Belanda.

"Namun ini hanya penamatan untuk fasa pencarian. Siasatan mengenai nahas ini masih diteruskan," katanya. 

Zubco menyatakan pihak SAR yakin telah menemukan kesemua mangsa namun menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti mangsa berdasarkan keadaan mayat yang tidak sempurna. 

Proses mengenal pasti DNA akan berakhir pada 1 Julai ini dan semua serpihan badan akan dihantar ke Belanda pada 1 Ogos. Katanya, lebih daripada 900 pegawai terbabit dalam operasi SAR ini selain menggunakan 24 trak untuk mengangkut serpihan pesawat keluar dari tempat kejadian. 

Boeing 777-200, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai tahun lalu, ditembak ketika melalui ruang udara Ukraine dan jatuh di timur Donetsk, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Russia. Nahas MH17 mengorbankan kesemua 283 orang penumpang dan 15 anak kapal. 

- MANORAMAONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan