Selasa, 12 Mei 2015

Kus Semangat..!


Apa la dia orang ni..! tak tahu hujung pangkal nak bercerita..! Takkan la sukhoi yang selama ini menjadi aset penting dalam membuat pertunjukan udara sempena hari kemerdekaan dan pameran Lima dihantar ke Arab Saudi untuk berperang di Yaman..!

Misi anggota tentera Malaysia di Arab Saudi adalah untuk memudahkan pemindahan keluar secara selamat dan lancar baki rakyat negara yang masih berada di Yaman, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dr Zulkefli Mohd Zin.

Beliau berkata dua pesawat pengangkut C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditempatkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pangkalan Udara Putera Sultan (PSAB) di Riyadh, Arab Saudi.

"FOB telah dibuka di PSAB sebagai tapak pendaratan sebelum berlepas ke lokasi pemindahan.

"Rakyat negara ini yang dipindahkan akan dibawa pulang ke FOB sebelum dihantar pulang ke Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas laporan media yang mendakwa ATM terlibat dalam operasi tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak di Yaman.

Dalam kenyataan itu, Zulkefli berkata fokus tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi kini beralih daripada operasi serangan kepada operasi pengharapan.

"Menjadi harapan kita gencatan senjata yang dicadang bermula pada Selasa, kekal," katanya.

- Bernama

Dah la banyak yang tertiarap dari terbang..!

Kalau berlaku apa apa nanti macam mana..! tak ke susah anak anak cucu nak tengok pameran udara, tv pun nanti kurang bahan nak siar..! siapa yang rugi?

Lu Fikir La Sendiri!!!


2 ulasan:

  1. Si media-media Barat/Zionis-KEPARAT memang asyik nak MENIPU nak mampos! Sengaja disebarkan FITNAH ATM kita terlibat dlm. perang ni - yg. heran tu mana Kem Luaq kat Barat tak buat penerangan dan pembidasan - LEMBAP betullah!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  2. Si media-media Barat/Zionis-KEPARAT memang asyik nak MENIPU nak mampos! PEMBETULAN:

    Sengaja disebarkan FITNAH ATM kita terlibat dlm. perang ni - yg. heran tu mana Kem Luaq kita, kat Barat, tak buat penerangan dan pembidasan - LEMBAP betullah!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam