Rabu, 27 Mei 2015

HOT ~ 2 Enjin Gagal Berfungsi... Pesawat Singapore Airlines Nyaris Terhempas


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilapor hilang bekalan kuasa untuk seketika pada kedua-dua enjinnya ketika dalam penerbangan.

Memetik laporan AFP, penerbangan SQ836 yang sedang menuju ke Shanghai dari Changi, mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11.9 km) iaitu selepas 3.5 jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Menurut jurucakap Singapore Airlines (SIA), kedua-dua enjin pesawat berkenaan kehilangan bekalan kuasa dan juruterbang telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk menghidupkan semula enjin tersebut.

Pesawat yang membawa 182 penumpang dan 12 anak kapal akhirnya selamat mendarat pada jam 10.56 waktu tempatan.

Difahamkan, enjin pesawat berkenaan telah diperiksa dan diuji dengan teliti sejurus selepas penerbangan itu tiba di Shangai, namun tiada ada kerosakan dikesan.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu sedang menyiasat punca kejadian dengan pembuat enjin, Rolls-Royce dan Airbus.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan