Selasa, 26 Mei 2015

Apa Cerita Sebenarnya..!


Apa hal ni..!

WANG KELIAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di gunung Perlis dekat Wang Kelian, Perlis siang tadi.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Khalid, setakat ini belum dapat dipastikan lagi berapa jumlah mayat yang turut ditanam di dalam kubur berkenaan.

Kubur
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Wang Kelian. -Gambar: Astro AWANI

“Kita akan mulakan tugas mengali kubur-kubur ini. Pasukan forensik seramai 31 orang telah mula masuk pagi ini untuk membuat penggalian dan kita temui rangka manusia dan menjalankan siasatan forensik ke atasnya yang bermula pagi tadi,” katanya.



Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lebih dari satu mayat yang ditanam di dalam kubur yang sama.

Ia berdasarkan saiz khemah yang ditemui itu mampu memuatkan sehingga 300 orang pada satu-satu masa.

Kubur
Salah satu gambar yang menunjukkan kain kafan yang ditemui di lokasi. -Gambar: Astro AWANI


Menurut Khalid, penemuan itu adalah susulan daripada Op Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Sementara itu, Khalid turut memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat-mayat berkenaan lewat petang ini.

BACA: Kubur besar pelarian disyaki ada kaitan aktiviti pemerdagangan manusia - Zahid

BACA: Kubur besar pelarian: Macam mana boleh terlepas pandang? - Shahidan

BACA: Kita akan cari dalang di sebalik kubur besar pelarian - Najib

BACA: Polis temui kubur dan penempatan pelarian di Padang Besar - Zahid

BACA: Dakwaan kubur besar Rohingya di Perlis, KPN akan perjelas esok

Macam macam..!

Lu Fikir la Sendiri!!!

WANG KELIAN - [DIKEMASKINI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu pemerdagangan manusia yang ditinggalkan, ditemukan dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau berkata, penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan dan mayat yang reput yang hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.

Bercakap kepada pemberita Malaysia dan asing di sini hari ini, beliau berkata penemuan itu hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015' oleh 300 anggota polis komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari 11 Mei hingga Sabtu lepas.

"Pendedahan ini membuktikan kerajaan Malaysia bersikap telus dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat membabitkan isu pemerdagangan manusia," kata Khalid.

Menurutnya reka bentuk kem berkenaan yang dipagar dan sentri menggambarkan ia dikawal dan orang-orang yang hendak diseludup tidak bebas bergerak.

"Secara fakta kem-kem ini ditemui, ada yang dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas.   

"Polis masih belum dapat memastikan sama ada semua kubur ini mengandungi mayat manusia atau tidak sehingga semuanya digali," katanya.
  
Khalid berkata operasi itu dilancarkan susulan penemuan beberapa kubur besar mengandungi mayat manusia dipercayai pendatang asing membabitkan sindiket pemerdagangan manusia ditemukan pihak berkuasa Thailand di sekitar Padang Besar dan Songkhla, baru-baru ini.
  
Menurutnya kumpulan mayat pertama dijangka dapat dikeluarkan petang ini oleh pasukan forensik terdiri 31 orang yang memasuki kawasan kem tersebut pagi ini.
  
Katanya kawasan pencarian dalam operasi itu di bahagikan kepada sektor A, B dan C sepanjang 59.5 kilometer dari Kampung Wai dekat sini hingga tembok terakhir atau Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

"Keadaan di sektor A (Tangga 100 ke Wang Kelian) sepanjang 11 kilometer di sebelah Malaysia adalah berbukit dan tebing sangat curam. Dalam sektor inilah semua 28 kem haram ini ditemui tetapi tiada lorong atau kesan dilalui orang.
  
"Sektor B (Wang Kelian-Kurong Batang) sepanjang 24 kilometer terlalu sukar untuk dimasuki. Sektor C (Kurong Batang-Kampung Wai) pula sepanjang 14.5 kilometer adalah kampung dan sawah. Sebab itu aktiviti hanya berlaku di sektor A," katanya.
  
Khalid berkata, beberapa tangkapan membabitkan penyeludup tempatan dibuat di Kampung Wai.
  
Katanya kedudukan kem haram tersebut kira-kira 100 meter dalam kawasan Malaysia dari sempadan Malaysia/Thailand manakala yang ditemukan pihak berkuasa Thailand dalam kawasan negara itu antara 300 hingga 500 meter dari sempadan.
  
Menurutnya, setiap kem itu dibina untuk menempatkan sehingga 200 orang, 10 hingga 20 orang dan ada yang menempatkan dua orang sahaja.
  
"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan sindiket membawa masuk tahanan mereka ke Malaysia melalui jalan yang sah atau lorong-lorong tikus di Padang Besar atau Wang Kelian selepas mendapat bayaran daripada orang-orang tertentu," katanya.
  
Ketua Polis Negara berkata mayat yang dikeluarkan nanti akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian dan akan 'disempurnakan' dan diberi penghormatan sebaik-baiknya.
  
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata 90 peratus dari 37 orang yang ditangkap tahun ini kerana terbabit dengan pemerdagangan manusia adalah penduduk Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.
  
Katanya jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin di sempadan Perlis tahun lepas sebanyak 1,914 orang manakala dari Januari hingga April lepas berjumlah 1,305 orang.
  
"Tangkapan di sempadan Kedah pula berjumlah 2,094 tahun lepas, Kelantan (3,462 orang) dan Perak (966 orang) manakala dari Januari hingga April tahun ini sebanyak 853 orang (Kedah), 498 orang (Perak) dan 88 orang (Kelantan)," katanya.
  
Sementara itu, Pemerintah Rejimen Ke-9 Thailand Mejar Jeneral Ekaphop Prasitwattanchai yang turut hadir, berkata pihak berkuasa Thailand akan memberi kerjasama penuh termasuk pertukaran maklumat dengan Malaysia.
  
"Kami juga seperti Malaysia berazam membanteras perbuatan tidak berperikemanusiaan dan pemerdagangan manusia khususnya di kawasan sempadan kedua-dua negara," katanya. - Bernama

3 ulasan:

  1. BUMIPUTERA Myanmar ISLAM Rohingya MISKIN; bukan shj. diTINDAS tetapi juga sedg. disyaki diSASARkan utk. diBUNUH dgn. amat KEJAM; seramai mungkin dlm. GENOSID oleh puak PENGGANAS KAPIRDAJAL dari EJEN-EJEN Barat/Zionis yg. berpusat kat Malaysia/Thailand ni! Untuk MENGHALANG mereka dari memasuki NEGARA ISLAM kita ni!

    Dan juga berita ini psl. si PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI-eng-SIAL ini MENGGERTAK tak nak bagi Tanah K'jaan negeri utk. kem pelarian ROHINGYA! Si puak PENDATANG PENGGANAS RASIS BANGKAI ni ingat NEGARA ISLAM ni yg. termasuk P. Pinang, BAPA depa punya! PI MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  2. Yg. amat PENTINGnya, secara PRAKTIK, dan dgn. SEGERA ialah supaya DYMM YDPA melalui Majlis Raja-Raja, dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!

    Lagipun, bayangkanlah kalau si PENGGANAS PENDATANG DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillahi min zalik) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah S’pura dan ISrael (yg. juga sebahagian dari NATO) yg. mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

    Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISrael sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Arab Palestin termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  3. ...akhir zaman umat islam amat lemah...kerana di serang penyakit cinta dunia dan takut mati..penyakit dah di ketahui tapi masih tak nak makan ubat penyembuh...patutnya kita bantu rohinya bangun berjihad...bentuk bantuan tu biarlah pakar yg fikir...

    BalasPadam