Jumaat, 15 Mei 2015

Analisa Awal Helikopter JJ Terhempas..!


Dilaporkan...

Penumpang Wanita Tidak Kawal Helikopter - Liow

PUTRAJAYA: Penumpang wanita yang dikenal pasti sebagai Aidana Baizieva seorang warga negara Kyrgyzstan, tidak mengendalikan helikopter malang itu sebelum ia terhempas.

Malah dia juga tidak pernah bertanggungjawab terhadap pesawat berkenaan pada bila-bila sebelum kemalangan berlaku, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.

"Tidak. Tiada petunjuk sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan laporan awal nahas helikopter yang dipandu juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri kabinet dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; juruterbang Kapten Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita, Aidana yang merupakan kenalan juruterbang.

Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana sememangnya aktif dalam operasi penerbangan helikopter berkenaan.

Transkrip daripada rakaman alat perakam data mendapati juruterbang Kapten Fournier beberapa kali merujuk kepada wanita itu mengenai keadaan helikopter tersebut sebelum berlepas dari bandar Kuantan pada 4 April kira-kira jam 4 petang.

Dalam rakaman perbualan itu, Kapten Clifford menyatakan rasa khuatir mengenai kedudukan gear pendaratannya.

Aidana memberikan gambaran keadaan di sebelah kiri helikopter apabila roda pendaratan terbenam akibat tanah mendap di sebuah padang sekolah.

Kapten Clifford: "why my landing gear... is it down? I got three in the green, I am little nervous about this now, let me see it."

Aidana: "it's ok.. it's a.. the dirt at the back... it's ok... Wheel went into the ground... it's a soft ground there... after the rain... we are good, we are good... yes.. yes.. yes, we are good; it's a soft ground there.. after the rain.. it's the field.. it's the football field."

Kapten Clifford: "wow... that was crazy"

Selepas menurunkan seorang penumpang, helikopter meneruskan penerbangan apabila Aidana memberi jaminan mereka dalam keadaan selamat dan mencadangkan agar gear pendaratan diturunkan.

Namun juruterbang menegahnya daripada berbuat demikian dan berkata kemungkinan berlaku kebocoran cecair hidraulik pada helikopter berkenaan.

Aidana: "Don't worry, we are absolutely safe. Shall we collapse our gear?"

Kapten Clifford: "no.. no.. no.. leave it down, there is probably some damage to the hydraulic or something. We went all the way to the belly, it's not good."

"It's definitely not normal for the wheels go down into the ground that far. It's definitely not good to tip like that.

"As a matter of fact, I saw hydraulic fluid leaking and that's why I don't want to put them up. They are locked in the down position and we keep them locked in the down position."

Sirip Pengimbang Kiri Helikopter Rosak - Liow


Liow menunjukkan keadaan helikopter Eurocopter Dauphine AS365 N3 yang tidak stabil semasa mendarat di Sekolah Rendah Ladang Kota Bahagia, Muadzam Shah, Pahang yang menyebabkan mengalami kerosakan pada sirip pengimbang kiri helikopter tersebut. - fotoBERNAMA 
PUTRAJAYA: Laporan awal nahas helikopter di Semenyih mendapati pesawat mengalami kerosakan pada sirip pengimbang kiri selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.
Beliau berkata hasil siasatan dan pemeriksaan di kawasan pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku pada 4 April lepas, mendedahkan masalah roda pendaratan kiri yang terbenam ke dalam tanah lembab ketika mendarat di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Rompin.
Katanya siasatan mendapati helikopter itu senget sehingga 13 darjah selepas roda pendaratan kiri terbenam ke dalam tanah sedalam 20 inci ketika mendarat di padang sekolah itu.
"Helikopter itu mempunyai dua sirip pengimbang iaitu kanan dan kiri yang terletak di ekor pesawat. Pendaratan terbabit memungkinkan bahagian ekor bawah sirip pengimbang di sebelah kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan.
"Terdapat juga kesan kebocoran cecair berlebihan dalam lubang pendaratan kiri serta di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk menerbangkannya," katanya dalam sidang media berhubung laporan awal nahas itu di kementeriannya di sini Khamis.
Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri kabinet dan anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita Aidana Baizieva yang merupakan kenalan juruterbang.
Bagaimanapun, Liow berkata sirip pengimbang kiri helikopter itu masih belum ditemui dan meminta penduduk Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor menghubungi kementerian dengan segera sekiranya menemui sirip berkenaan.
Katanya sirip pengimbang itu penting untuk meneruskan siasatan bagi mengesahkan sama ada kerosakan berpunca akibat hentakan di atas darat atau kerosakan mekanikal.
"Ini bagi memastikan punca sebenar stabiliser (sirip pengimbang) terkeluar daripada badan helikopter. Kita perlu simulasi terperinci untuk kenal pasti lokasi dan punca kemalangan sebenar sirip dan mengetahui cara pesawat junam," katanya.
Dalam laporan awal itu, Liow berkata rekod audio yang diperoleh menunjukkan bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran cecair hidraulik apabila helikopter itu berlepas pada 4.25 petang dari padang sekolah itu.
Sebelum itu, juruterbang itu menurunkan seorang penumpang iaitu anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadiri Wan Mahussin di padang sekolah itu.
"Kita juga tahu bahawa antara jam 4.31 petang hingga 4.52 petang, juruterbang tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
"Namun, menurut fakta yang diperoleh, sebuah lagi helikopter, 9M-DBI yang berada berdekatan telah membuat panggilan radio dan menyatakan bahawa pesawat malang itu membuat penurunan curam dan telah terhempas," katanya.
Sambil melahirkan perasaan sedih terhadap insiden itu dan serta kehilangan dua rakan sekerjanya (Jamaluddin dan Azlin), Liow berkata laporan awal itu bukanlah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk mendedahkan fakta sebenar yang berlaku dalam kejadian itu.
Beliau memberi jaminan Biro Siasatan Kemalangan Udara akan meneruskan penyiasatan bagi menentukan punca penurunan curam serta segala faktor yang relevan yang telah menyumbang kepada nahas helikopter ini.
"Terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan seperti yang dicadangkan oleh biro itu, antaranya analisis terperinci kotak hitam adalah perlu bagi mendapatkan punca nahas sesuatu kemalangan," katanya.
Antara cadangan lain ialah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) perlu memastikan pengendali kategori persendirian mematuhi had-had operasi penerbangan bagi setiap kategori.
"DCA akan mengkaji dan meneliti cadangan yang telah dikemukakan daripada laporan itu. Ini termasuk semakan mengenai prosedur operasi helikopter bagi juruterbang tunggal bagi membantu memudahkan pelepasan dan pendaratan penumpang dengan injin dan rotor utama berfungsi," katanya.
Antara cadangan lain adalah DCA akan memastikan kategori operator persendirian memerhati had-had operasi penerbangan dalam kategori mereka masing-masing dan menentukan keperluan bagi penerbangan yang jelas untuk semua penerbangan persendirian.
"Setakat ini, tiada keperluan bagi helikopter persendirian untuk memaklumkan kawalan trafik udara tentang laluan dan destinasi tempat pendaratan sebelum penerbangan dimulakan.
"Adalah lebih baik bagi juruterbang untuk terus berhubung dengan menara kawalan, ini satu daripada cadangan kita kepada DCA," katanya.
Liow bersetuju dengan satu soalan bahawa juruterbang mungkin melanggar kewajipannya berhubung prosedur keselamatan standard dan gagal untuk memeriksa pesawat apabila sesuatu yang luar biasa berlaku.
Ditanya mengenai penumpang wanita, beliau berkata tiada petunjuk bahawa dia mengendalikan helikopter itu pada sebarang masa.
Mengenai kotak hitam dianalisis di Perancis, Liow berkata ia adalah amalan biasa kerana Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk mengekstrak maklumat daripada kotak hitam.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan