Sabtu, 11 April 2015

Calon PRK Rompin Sudah Di Kenal Pasti..!


Nampaknya UMNO bahagian seakan sudah sepakat mahukan anak tempatan yang terdiri dari jawatankuasa UMNO Bahagian Rompin untuk diturunkan sebagai calon pada 5 Mei nanti..!

Kepimpinan buat la keputusan dengan mengambil kira pandangan akar umbi..! Pilih calon yang benar benar winable candidate bukannya calon wincable candidate..!

ROMPIN – Umno Rompin berharap calon tempatan akan dipilih bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei depan. 

Setiausahanya, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, bagaimanapun Umno bahagian menyerahkan pemilihan nama calon kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Badan Perhubungan Umno Negeri untuk menentukan calon yang layak bertanding.

“Setakat ini Umno Rompin belum lagi senarai pendek nama calon dan kemungkinan ia akan diputuskan dalam mesyuarat khas pada Ahad ini yang bakal dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Bahagian, Datuk Hasan Arifin yang juga merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian.

“Kami berharap nama yang bakal dicalonkan itu datang dari Jawatankuasa Umno Bahagian Rompin sendiri,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Penerangan Umno Bahagian Rompin, Jalaluddin Md Deli, kelmarin.

Menurutnya, masyarakat di daerah itu masih berada dalam terpinga-pinga kerana hilang pemimpin dalam sekelip mata manakala ahli dan pemimpin Umno perlu kuat semangat kerana tugas yang mendatang sangat berat.

Katanya, apa yang dilakukan kini adalah menguatkan kesatuan supaya dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan jentera parti di Rompin sentiasa bersedia.

“Kami dimaklumkan jentera kempen akan diketuai Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang melibatkan jentera dari Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Ditanya adakah kemungkinan pelaksanaan GST bermula 1 April lalu akan menyebabkan Umno kalah, beliau menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menegaskan bahawa pendapatan negara akan bertambah yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Mungkin pada permulaan pelaksanaan GST ini ada kekeliruan dan sebagainya namun apabila sampai satu tempoh nanti, ia akan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sejarah dah mengajar kita dalam PRU yang lalu..! Walaupun Rompin kawasan putih tapi kalau 'tersalah' pilih calon ianya boleh bertukar kelabu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan