Sabtu, 21 Mac 2015

Nasib Baik Bukan Kabinet Pinggan Mangkuk..!


Nampaknya kalau dibenarkan setiap agensi membuat keputusan yang menyentuh dasar, berkepentingan ramai dan perlu di segerakan pasti negara ni akan jadi huru hara..!

Nasib baik kita masih ada kabinet..!

PAGOH: Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat. 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Perkembar di sini, sebentar tadi.
Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.
Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. 
Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini.
"Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.
Dasar kapirelitis@kapitalis melengkari kehidupan mereka yang diamanahkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Lps ni harap semua pemandu teksi x payah guna meter lg senang..caj ikut suka hati aje..jika pelanggan setuju baru angkut pelanggan..jika pelanggan x setuju minta bantuan bulanan kepada kerajaan..Bantuan Bulanan Pamandu Teksi 1Malaysia seperti Bantuan Bulanan Nelayan

    BalasPadam