Jumaat, 27 Februari 2015

1MDB Takkan Takut Di Audit..!


Ini la masanya 1MDB membersihkan segala kekotoran yang melekap didahi dan muka mereka selama ini..! Kini ruang dan peluang terbuka luas..! Katanya sudah terlalu banyak cerita dan pelbagai salah sangka yang dilemparkan..! Almaklum duit negara tu duit rakyat kan..!

Kita yakin dan percaya dengan kajantanan yang dimiliki oleh mereka yang berada didalam dan diluar 1MDB yang begitu jantan berbelanja besar didalam setiap segmen niaga mereka tentu berani untuk membenarkan 1MDB di audit..!  Tak gitu..!

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Jabatan Audit Negara menjalankan audit segera terhadap syarikat pelaburan milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum jawatankuasa Parlimen itu memanggil syarikat berkenaan tidak lama lagi.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti isu utama yg memerlukan audit segera daripada Jabatan Audit Negara iaitu sumber dana berjumlah RM2 bilion bagi menjelaskan pinjaman daripada bank tempatan, suntikan dana baru daripada kerajaan berjumlah RM3 bilion, perjanjian pelaburan dalam syarikat Petrosaudi selain percanggahan kenyataan mengenai wang hasil pelaburan di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia atau tidak.
Jazlan berkata, ia juga termasuk perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.
"PAC mahu Audit Negara menjalankan audit terlebih dahulu ke atas 1MDB sebelum kita memanggil mereka di hadapan jawatankuasa ini tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Nur Jazlan berkata, PAC berpendapat sudah sampai masanya Jabatan Audit Negara menjalankan audit terhadap isu berkenaan memandangkan terdapat pelbagai khabar angin dan persepsi negatif timbul hingga membabitkan imej kerajaan.
Katanya, perlu diingatkan 1MDB merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan segala wang yang digunakan bagi tujuan operasi dan pelaburan syarikat itu adalah milik rakyat.
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB, jika benar segala pelaburan dan operasi syarikat ini sah, biarlah ia disahkan sendiri jabatan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara," katanya.
Berani kerana benar..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan